Tempoyak dan Hospital

Hampir sudah seminggu kedatangan ‘parent’ kawan aku ke Egypt. Melawat anakanda mereka yg gigih menuntut ilmu perubatan. Alhamdulillah kami juga yg untung sebab kedua-dua ibubapa dia memang ramah, dan si ibu pula amat pandai sekali memasak. Nak kata sedap, aku rasa macam boleh menangis terharu sebab dapat rasa tempoyak yg dia bawa. Usah di tanya macam mana tempoyak tu lepas kat airport. Maklum la Mesir, bukan lah diorang nak periksa sangat beg tu. Alhamdulillah lepas dan kami boleh tumpang merasa.

IMG_0996

Akibat keramahan yg amat baik dari si bapa(haji), maka banyak lah cerita yang dibuka. Warga emas yg telah melalui asam garam kehidupan ni memang banyak ceritanya, dan aku yang muda ni sedap pula mendengar.

Namun ada satu cerita yang menarik untuk aku kerana menglibatkan sedkit sebanyak dunia pekerjaan aku nanti (insyaAllah). Ianya mengenai adik beradik Haji yang mengalami rawatan dialisis atau dibahasakan Haji ketika itu “Pak Tam”. Kata Haji, Tam sakit ketika pulang dari umrah/haji(saya tak pasti haji or umrah) dan lebih kurang seminggu kemudian dimasukan ke hospital. Namun Almarhum meninggal pada asar (tidak pasti hari yg sama atau berikutnya).

Nampak sedikit keluhan atau seperti rungutan pada raut muka dan nada Haji ketika itu. Aku anak muda yg walaupun bakal bekerja di hospital kelak hanya mendengar, sebab aku sendiri tidak selalu mengunjungi hospital. Harap sahaja belajar perubatan tapi tidak melakukan “attachment” di Malaysia.. yelah, malaskan~ haha.. aku tak tahu sistem hospital Malaysia.

Haji cakap masa nak “admit” tu, Tam tidak bawa “kad” (katanya kad ni mengatakan kita bekerja kerajaan). Walaupun berpangkat tinggi, namun kerana ketiadaan kad ni membuatkan Tam dimasukan dalam wad ekonomi. Haji pun cakap, pihak hospital pasti ada record menganai Tam ni, tapi mereka tidak mengendahkan ‘follow up’ yang Tam sepatutnya dapat (dialisis). Logik fikir aku, patut ada lah talefon dari pihak hospital kan?

Jadi fikir punya fikir, betul juga kata Haji. Pihak hospital ni memang patut mengambil tahu tentang pemeriksaan ‘follow up’ ni. Atau pun memang sistem di hospital sudah sebegitu?? Banyak yang menjadi persoalan. Apakah menyelesaian benda ni? Memang bukan isu ini penting seperti isu cincin Rosmah, tapi ada aku kisah pasal politik tu sangat? Aku pula anak muda yang tidak mengenal selok belok politik, baik aku tumpukan masa depan pesakit-pesakit hospital tempat bekerja aku nanti. (bunyi macam kerek an)

Seperti semua sedia maklum, kita sudah punyai lambakan doktor dan jururawat di Malaysia. Logik pada fikiran, pasti cukup sahaja kakitangan di hospital untuk meneliti setiap ‘history’ dan ‘follow up’ pesakit. Dan mereka sepatutnya menghubungi pesakit mahupun keluarga pesakit bagi memastikan pesakit menjalani rawatan atau pemeriksaan lanjut. Tambahan pula pemeriksaan atau rawatan lanjut yang kritikal dan penting contohnya seperti menjalani sesi dialisis.

Tapi mudah untuk aku ni berkata-kata, mungkin tidak semudah tu pada peringkat perlaksanaan. Jumlah pesakit yang ramai atau pesakit yang gagal dihubungi meyusahkan lagi perlaksanaan. Aku pun tidak tahu faktor sebenar dan tidak pula pada kepala otak aku ni penyelesaian yang efektif dalam hal ni. Maklum lah, otak pun x bercambah matang lagi. Idea kosong, habuk pun tadak. Ok.. Kita tinggalkan lah dahulu persoalan ini.

Mengenai kad kakitangan kerajaan itu pula, adakah amat penting sekali kad itu? Tidak kah pihak hospital mampu untuk memeriksa pesakit ini bekerja kerajaan atau swasta melalui “server” komputer kerajaan. Tapi mungkin sistem ni tidak ada, kawan aku cakap boleh cek komputer tapi mesti tahu no. siri. Senang kata, kita kena lah hafal no. ni, mudah nti kalau apa2 urusan kita boleh bagi no. ni. Terlupa nak bawa kad pun tak ada masalah dah. Mudah pula penyelesaian yang ini.. haha..

Perkara2 macam ni mungkin jawapannya ada pada kami doktor masa depan kelak(insyaAllah). Aku pun sendiri tak tahu macam mana sistem hospital Malaysia. Mungkin lepas ni aku dengar rungutan dari doktor dan jururawat pula. Sabar saja la, sekarang ni belajar lebih penting. Aku tak patut fikirkan sangat benda ni, dah ada doktor kat luar sana yang fikir lagi dalam dari aku.

InsyaAllah bila aku jadi doktor nanti, walau tak sehebat rakan2 yang mempunyai pointer setinggi gunung. Aku akan cuba sedaya upaya membanti mereka yang memerlukan. Itu kata aku kepada MARA masa nak minta biasiswa, dan aku akan tunaikan.

Moga Allah menjadikan aku seorang insan yang lebih baik.. amin~

Berikut merupakan maklum balas Dr. Pagalavan.. Nak gelak aku baca sebab dia sebenar tak faham aku nak tanya apa. Salah aku juga, english selerak, susunan ayat pun terabur.

Email from Dr. Pagalavan

Advertisements

Comments

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s