Dilema Agama dan Bangsa

Video seperti ini sering kali mencetuskan kontroversi yg amat bahaya. Tidak diketahui entah benar atau tidak maklumat yg disertakan, kita mudah dipengaruhi oleh media2 internet yg cukup meyakinkan (aku pun). Dilema sudah terbit dihati. Pelbagai persoalan muncul memikirkan nasib negara Malaysia jauh beribu batu di garisan Khatulistiwa. Aku disini tidak tahu cerita sebenar. Hanya mendengar omong mereka yg sibuk menjadikan politik sahabat.

Apakah patut hak bumiputra dimansuhkan? Apakah benar kedaulatan sultan dipermainkan sebegitu? Benarkah rumah2 dan peniaga itu semua diusir? dan adakah video ini hanya utk memprovokasikan sesetengah pihak? Hati aku mengatakan wujud bau2 semangat bangsa atau “racist” di situ. Tapi semangat bangsa itu perlu, cuma perlulah dalam keadaan yg sihat. Bukan dengan hasat dengki dan ingin menjatuhkan bangsa lain. Bersainglah dengan baik, tapi minum kopi sekali.

20130515-040819.jpg

Namun apabila agama mula disentuh dan dipermainkan. Secara peribadi aku tiada toleransi disitu. Ya benar aku tidak solat di masjid, aku bukan seorang perawi hadis, bukan khatib yg memberi khutbah, aurat tidak terjaga, tapi kepentingan agama dan akidah aku tak pernah goyah. Pernah aku memikirkan tentang kebenaran agama lain, namun belum lagi aku jumpa yg mampu menandingi kitab suci Kalam Allah~Al-Quran. Bersyadah aku kembali kerana risau keraguan aku membatal akidah aku. Tak perlu aku lihat seluruh Al-Quran, hanya dengan ayat Allah menceritakan kejadian manusia aku dah cukup teruja dgn kebesaran Allah.

~~~~~

20130515-041912.jpg

20130515-041922.jpg

20130515-041929.jpg

20130515-041933.jpg

~~~~~

Dan aku berdoa agar ditetapkan akidah aku pada agama Allah dan tiada ragu hingga tamat riwayat aku.

20130515-044107.jpg

Jadi aku amat berpegang kepada agama, biarlah tergadai bangsa asal bukan agama. Jika mereka ingin menentang agama, maaf aku katakan, walau kawan namun aku melawan. Mengenai hal bangsa itu, aku mungkin terpaksa diam, masih dilema tidak ketahuan. Mungkin mereka yg petah berkata, fasih berpolitk dapat menjawab. Kasihan rakan berbangsa lain yg cukup sifat, cukup pandai, tapi tidak dapat melanjutkan pelajaran dengan mudah. Namun kalau tiada bantuan, kami bangsa yg merendah diri ini akan lagi jauh tertinggal. Lihatlah, bantuan semenjak merdeka,tapi Melayu tetap layu. Termasuk diri aku yang menulis ni. Hanya kesedaran ini yg menjadi baja semangat utk terus berdiri tegak tidak layu jatuh ke bumi. Andainya setiap Melayu itu sedar dan bertindak.

Adakah hak bumiputra perlu dimansuhkan? Entah lah…..
Tapi agama tetap aku pertahankan.

Muaz bin Jabal meriwayatkan sabda Rasulullah SAW, “Barang siapa yang berperang di jalan Allah walaupun sebentar iaitu sekadar memerah susu unta, maka wajib baginya mendapat pahala syurga. Dan barang siapa yang bermohon kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh untuk berjihad, kemudian ia mati atau dibunuh, maka baginya balasan syahid. Dan barang siapa terluka di jalan Allah atau ditimpa kemalangan, maka ia datang pada hari akhirat sedera darah yang mengalir ketika luka warnanya seperti za’ faran dan baunya bagaikan kasturi.” (Riwayat: Abu Daud).

Akhir sekali, kelak aku pulang mengundi. Siapakah pilihan parti dihati?
Susah nak cakap. Cuma satu aku pegang. Mereka yg mampu menjadi pemimpin dan menegakan agama Allah pasti aku pilih.

Kerana agama bangsa bersatu,
Kerana bangsa agama berpecah.

Advertisements

Comments

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s