Fanatik

Sudah lama terbuku di dalam hati untuk meluahkan, namun tiada kata yg sesuai untuk diterjemah ke ayat yg baik lagi gramatis. Tidak sehebat mereka yg beranalogi lagi manis berkata. Namun inilah coretannya.

Fanatik, terlalu berlebihan kepercayaannya atau keyakinannya terhadap sesuatu ajaran(politik dll.) HINGGA MELAMPAUI BATAS.

Di sini, sedar tak sedar, ada di antara kita yg hidup berpuak-puak, berkumpulan atau kelompok masing2 (mungkin termasuk aku?). Namun berkelompok dan berkawan tidak mengapa, kerana itu ikut kepala masing2, tidak ada apa yg fanatik di situ. Yang ingin aku sampaikan adalah fanatik dari segi isu2 tertentu, seperti isu Korea, politik, persatuan dan sebagainya(byk lagi yg korang tahu).

Aku cuba memahami golongan fanatik ini. Cuba menyelami jiwa mereka. Mungkin minat berpolitik seperti aku meminati photography, ataupun seperti gadis yg meminati Korea? Namun adakah aku terlalu fanatik dalam photography? Rasanya aku tak la melampaui batas seperti definisi fanatik itu sendiri. At least I try to be open and learn from sifu2 hebat cameraman yg ada kat Alex ni. Senang kata ‘minat’ dan bukan fanatik. (ok.. tak nak compare dgn diri aku dah, sbb aku pun tak sempurnakan?)

Namun ada juga suara di Facebook (bukan budak2 Egypt sini) yg mengatakan kepada para fanatik Korea bahawa politik ini menentukan hala tuju negara, bukan seperti fanatik K-POP Korea. Ianya bagai mengatakan yg fanatik di dalam politik ini tidak mengapa(tak salah). Pada pandangan aku yg jahil ini – Yes! you are right, you have a point. Cuma hala tuju yg mana satu yg golongan ini ingin katakan? Kebanyakan hanya BERTEKAK dan bersifat TERTUTUP.

TOLONG JANGAN JADI AHLI FANATIK YG BANGANG.

Kalau dah hebat dengan analogi dan fakta negara, tolong bersifat seperti seorang yg berilmu dan berwawasan dalam membawa hala tuju negara tersebut. Bersikaplah seperti seorang ‘HARAPAN BANGSA’ dan bukan buat ‘MALU NEGARA’ @ ‘MACAI’

Kita tanya kepada diri dan lihat sekeliling kita. Adakah kerana politik kita sanggup bergaduh hilang kawan? Bahkan, ada pula yg bergaduh sesama ahli keluarga kerana politik. What?!! Seriously? Come on la, parti politik yg di agung2 kan tu tak akan jaga keluarga kita! For what reason those people sanggup nak gaduh2 pasal benda ni? Rapuhnya keluarga itu. Kebahagiaan yg ditentukan oleh parti politik. Lawak!

POLITIK KANAK2 APA INI??

Beginilah, (dalam aku penuh dengan kesedaran moral ni) cuba kita hormati pandangan orang lain. DENGAR. Mungkin dia salah, dan kita sampaikan yg benar. Dan mungkin juga kita yg salah, dia pula yg sampaikan yg benar. Guna OTAK yg ada untuk berfikir yg benar. Ada COMMON SENSE guna, jangan penting diri dan EGO. Fikir, walaupun hanya sejenak tentang teguran yg diberi. Mungkin ada hikmahnya, mungkin ada baiknya. Kalau dah masing2 tak boleh nak terima, hormati pandangan masing2, buka cerita baru. Bola, medik, awek dan sebagainya.

BERPERSATUAN…

Alhamdulillah, dlu cuma satu yg aku tahu. Sekarang dah makin byk persatuan yg muncul. Semua membawa kepada kebaikan. Semakin ramai pemimpin muda dalam generasi kini. Setiap golongan dah mula berpersatuan, ustaz, medik, nerd, musician mahupun rockstar, semua mampu berkerja dan membuktikan bakat kepimpinan dalam persatuan. Ini merupakan satu percapaian yg baik untuk anak muda mahasiswa dan mahasiswi seperti kita.

TAPI tak ubah seperti isu politik, entah mengapa? mungkin kerana fahaman atau kerana berlainan persatuan, wujud pelbagai isu dan perbalahan. Persatuan A buat program, persatuan B nak menyibuk hal itu ini. Ya, mungkin benar ada perkara yg persatuan luar(persatuan B) nampak tidak molek yg mana persatuan A tak nampak atau tidak sedar. Namun cara menegur itu perlu kena, tegurlah dengan cara baik dan jangan buat orang rimas. Jangan tiba2 nak buat acah2 friendly. AWKWARD. Kalau orang rimas, orang akan mula meluat @ benci. Bila dah benci, cakap la baik mana pun, peluang orang nak terima mmg susah even perkara yg disampaikan tu betul. Dan yg ditegur pun kenalah terima. Kalau dah orang tu betul, terimalah. JANGAN EGO.

Dan kalau dengan persatuan lain pun dia nak menyibuk control, apa lagi ahli di dalam persatuan. Tak dibenarkan itu dan ini. Macam2 karenah birokrasi. Kalau melarang kemungkaran boleh lagi diterima. Ini hal keahlian dengan urusan pun nak control. Atas alasan apa ini? Tak nak kehilangan ahli? Mahu pegang ahli? BRO! BIAR GUA KASI TAU SIKIT, LU XDE AUTHORITY ATAS ORG LAIN BRO~. Jangan jadi mcm kerajaan, sekadar persatuan cukup lah.

Hilang ahli? Mengapa? Cuba bagi 5 minit dekat otak untuk digest dan faham soalan “KENAPA?”. Muhasabah dengan cara TERBUKA dan DENGAR kata orang luar. “KAMU TEGUR ORANG BOLEH, ORANG NAK TEGUR KAMU TAK BOLEH PULA”. Elakkan sikap sebegini kalau nak maju. Tapi kalau dah rasa betul sangat dan tak nak dengar pendapat org luar dari KELOMPOK atau persatuan. Lantak korang lah.

OPPSS~! TEREMO…

KOREA

1014829_591574430863643_997587362_o

Negara yg popular dengan K-POP. Ramai antara kita yg meminati K-POP, aku sendiri ada meminati beberapa lagu Korea. Bagi aku secara ‘common sense’nya tak salah. Suka hati hampa la nak minat pn, ada aku kisah plak. Tapi tatkala aku tgk video yg kecoh disiarkan di laman youtube nih, terkilan rasa dihati. “KIM JONG KOOK!!” Nak harom punya kuat jerit. Bayangkan kekasih hati anda(bagi lelaki) yg anda sayangi menjerit tiba2. Mahu x terkejut. Tambahan pula menjerit nama lelaki lain~ oh~~! why don’t you shout my name(CeEwah!! jiwang mcm babi). Agak2 la nak jerit pn kak. Terkejut aku. Susah nak hurai pasal bab ni, dan aku pn malas nak cakap. Cuma jangan fanatik sampai lupa diri yer. END.

Diharap ‘tolong terasa’ untuk mereka yg terasa. Ini juga merupakan teguran untuk aku sendiri. Kalau ada yg emo(marah) aku minta maaf, maknanya anda dalam golongan yg terasa. Minta maaf sekali lagi. Jadi jangan la kita terlalu fanatik dalam apa2 perkara dan isu, guna otak fikir apa salah dan betul. Terima dan hadam teguran orang lain. Nabi pun ajar kita untuk berserdahana dan menghormati orang lain.

Selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah. Mari sama2 jayakan program OSCAR (sempat promote)

========== TAMAT==========

Advertisements

Comments

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s