Mata yg Memandang

Mata tidak dapat menilai hati dan darjat seseorang. Apa yg dilihat oleh kaca mata kita tidak semestinya mencerminkan niat dan tujuan tindakan seseorang. Mungkin lain di mata makhluk lain.

‘Judging’ merupakan sikap menilai seseorang. Sikap ini menghakimi dan secara langsung membuat kita melebelkan seseorang atau tindakannya kepada baik atau buruk. Tidak pula saya katakan sikap ini sesuatu yg tidak baik. Ianya perlu kerana itu membuktikan anda seorang yg mumayiz(mampu membezakan yg baik dan buruk). Namun sikap itu tidak harus ditemani dengan pandangan dan mata yg ‘sceptical’. Penerimaan terhadap apa2 kemungkinan yg menjelaskan tindakan tersebut amatlah perlu seperti yg dikehendaki agama kita ‘usnuzon’ (bersangka baik)

“HABIS! KALAU ORANG TU DAH MMG BUAT JAHAT TAK KAN NAK BERSANGKA BAIK LAGI??!”

Benar! Jika seseorang melakukan kesalahan, boleh lah ditegur. Tapi tegur ada caranya, saya akan suarakan sebentar lagi. Namun jika kita hanya syak sesuatu, itu tidak membuktikan dia melakukan kesalahan. “SYAK” itu TIDAK ‘VALID’ untuk dipakai tanpa bukti yg boleh untuk dikaitkan sebagai bersalah.

stalking
stalking

Berbeza dgn masyarakat kita, tidak kira di Malaysia mahupun di sini (Mesir). Kita sering kali secara automatik akan melakukan INTIPAN dan MENCARI KESALAHAN. Ketahuilah rakan2, mengintip (selain dari intipan utk keselamatan negara dan lain2) adalah sesuatu tindakan yg tidak disukai Allah.

“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah (pasukan pencegah mungkar) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini.

Kisah ‘Umar dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakaiNya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”.

Dia berkata: Allah ta’ala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman: (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya…

Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut..”(Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).

petikan dari: http://drmaza.com/home/?p=1413

MENEGUR

Bagi mengelakkan sifat ‘judging’ yg keterlaluan ini, pada pandangan saya lebih elok kita terapkan sikap ‘INVESTIGATE'(menyiasat). Sedangkan hakim di mahkamah pun menjalankan ‘investigation’ sebelum ‘judging’. Dan intipan bukanlah cara penyiasatan yg baik, sudahlah dilarang Allah, sudah pasti ada keburukannya. Selain itu, perkara yg saya cuba sampaikan bukanlah dari konteks yg besar seperti menjaga keamanan negara, tetapi hanya menjaga kemungkaran antara masyarakat sekeliling(jiran dan kawan2) dimana tindakan mengintip ini hanya akan membawa kebencian orang lain(orang menyampah).

Daripada menjalankan intipan yg membuatkan kita kelihatan seperti ‘STALKER’, lebih baik bersua muka(amat cool sekali!) dan berterus terang utk bertanya DENGAN NADA YANG BAIK mengenai tindakannya itu. Cuba dgn SOPAN dan MERENDAH DIRI ibarat anda yg akan tersilap menegurnya kerana dia sebenarnya tidak melakukan masalah. Ini juga bergantung kpd keadaan dan masa yg sesuai berserta susunan kata soalan yg ditanya.

Sebagai contoh – Seorang lelaki keluar berjalan dgn kekasihnya. Janganlah melulu menegur atau potong line pasangan berdating(lainlah kalau dah sampai buka baju). Lihat dari jauh, dan elakan menegur di hadapan gadis yg amat ayu dan jelita tersebut. Ini bagi mengelakkan jatuh ‘kemachoan’ lelaki tersebut lantas silap haribulan boleh mati pucuk. Jika anda seorang lelaki, pasti anda tahu. Silap2 lekat bekas cincin kat muka korang kalau x kena timing. Cari waktu yg bersesuaian, dan tidak dilupakan AYAT yg sesuai. Barangkali pasangan itu sudah berkahwin, cuma anda yg tidak tahu dan bajet nak cegah maksiat. Kan ‘annoying’ kalau kacau pasangan mcm tu.

Yes, I know you guys will say, that all I say(hmm~ sound funny) is more about mencegah maksiat an. That is true, kerana terdapat kawan2 di sini yg terkena. Nampaknya seperti membawa awek pulang ke rumah. Mereka bukan ustaz ustazah, namun lebih seperti mat rempit dan minah rempit. Ditegur dgn gaya sarcasm yg melampau(bole kena tumbuk), tidak professional. Sedangkan cerita belakang tiada siapa yg tahu. Mereka(si gadis) pernah diraba Arab. Pulang pula teksi mahal. Berlima(teksi bole muat 4-xkan nak tinggal sorang). Niat ingin menolong hantar pulang ke rumah(yg lain naik teksi), namun mata2 mereka tidak tahu niat yg suci. Puak2 ini terus lompat ke konklusi. Jika yg berdua ini seorang BERKOPIAH DAN BERTUDUNG LABUH-MUSYRIF, yg BERSELUAR JEANS DAN SELUAR BAJU T-SHIRT-‘COUPLE’ atau ‘DATING’.

Inilah sifat yg amat perlu utk dihindari. Bertegur biar kena gayanya. Jangan rasa diri itu baik sgt dan berada di pihak yg benar. Boleh jadi anda salah melihat kerana yg boleh melihat dgn sebenar-benarnya hanyalah tuhan yg Maha Mengetahui. Jangan terlalu sarcasm, namun pandailah bermain kata utk menjaga hati. Bertindak dan bertuturlah dgn professional. Tak ada yg nak marah kalau niat kita baik. Disamping menasihati org kita juga dpt menasihati diri.

SARCASM PENCETUS MELUAT

Melayu terkenal dgn perli dan ayat terbalik yg amat dalam maksudnya. Lenggok bahasa unik ini walaupun indah, namun jikalau salah tempatnya mengundang penumbuk yg amat dahsyat. Dan penumbuk tidak hadir tanpa rasa benci dan meluat dlm diri. Jika orang sudah benci dan meluat, sesetengah akan mula ‘REBEL'(melawan). Walaupun dia tahu dia salah, namun kerana insan yg menegur itu menyakitkan hati dan tidak disukai, mereka akan melawan. Tidak dengar kata. Maka rugi usaha kita utk menegur. Malah dpt hadiah percuma maki hamun berserta cop buku lima.

Perubahan setelah menerima teguran juga tidak bertindak serta merta. Ianya tidaklah seperti ‘sublingual drug’ ataupun ‘panadol actifast’. Adanya mengambil masa setahun lamanya utk berubah. Ada pula yg terus menerima dgn mudah dan pantas. Jangan dipaksa, namun diberi galakan. Paling kurang, kita duduk di rumah mendoakan agar hidayah petunjuk diberi kepada mereka yg melakukan kemungkaran(termasuk diri saya). Elakan paksaan, kerana tidak ramai yg sukakan paksaan. Namun tidak dinafikan ada yg memerlukan paksaan seperti mengajar anak kecil bersolat. Kenali masyarakat dan bagaimana utk mengaplikasikan cara teguran. Boleh jadi teguran tidak perlu diberikan pada hari yg sama, mungkin esk lusa apabila berjumpa, bolehlah membuka bicara mengenai hal tersebut.

LUASKAN SKOP

Contoh yg saya berikan berdasarkan pendapat dan pandangan kawan mengenai hal ini, dan dicampur serba sedikit pandangan saya. Namun sebenarnya skop ini dpt diaplikasikan dalam pelbagai senario harian lain. Tidak terhad hanya kepada isu ‘mencegah maksiat’. Mungkin dari segi kita menilai pada gaya berjalan, permakaian, perangai dan lain2. Berikut terdapat sebuah cerita yg diambil dari laman Facebook yg bersesuaian dgn topik perbincangan.

Ku Sangka Orang Gila

……26 May 2011…..

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang “lusuh ” karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata “pakcik dah makan nak.. terima kasih nak..” Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. “Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?” Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. “Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom.” Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah…

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh…. Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara “amin…..” dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: “Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam..” Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan…
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

(Copy pasted – Warta Dari Hati)

Penulisan kali ini seperti sebelumnya adalah untuk menasihati diri saya yg tidak sempurna sekaligus bagi mereka yg ‘TERASA’.

=======  TAMAT  =======

Advertisements