Selamat Pengantin Baru Abang (Perlis 2017)

 

Selamat pengantin baru kepada Mohd Afiq dan pasangan Sharifah Fatahiyah.
Moga bahagia hingga anak cucu cicit.

Harap maaf sebab post kali ni tak ada gmbar banyak pun.
Especially gambar pengantin. Semua gambar dan video banyak dekat kamera abang sendiri. Yang ada pun gambar2 yang aku saja amik buat seronok ja. haha.

Apapun, ini saja yang dapat hamba sajikan. =)

LRM_EXPORT_20170827_002336
Homestay Inai Utara. Sumpah tempat ni best. Pernah dijadikan tempat shooting drama2 waktu Maghrib TV3. Sangat best and rileks. Keliling semua sawah padi.
LRM_EXPORT_20170827_003211
Ada lagi satu homestay berhadapan dengan  Homestay Inai Utara tadi. Boleh test duduk nti.
LRM_EXPORT_20170827_002353
Sedara-mara semua dah sampai. Kasut berterabur kat bawah. haha
LRM_EXPORT_20170827_002633
Kami duduk betul2 sebelah dengan sawah padi. Nasib baik bini aku tak dapat ikut, kalau tak aku dah buat pengambaran ‘Cinta Padi Huma’ bersama isteri tersayang. haha
LRM_EXPORT_20170827_002244
Bak kata orang2 tua dahulu, jadi lah seperti resmi padi, makin berisi, makin tunduk.
LRM_EXPORT_20170827_002933
Tahukah anda penanaman padi bermula sejak zaman kerajaan Srivijaya lagi. Tak percaya, tanyalah Google.
LRM_EXPORT_20170827_003419
Puas abang merantau mencari. Tapi tak jumpa pun padi warna merah. Biar betul M.Nasir ni. (semerah padi)
LRM_EXPORT_20170827_002501
Impain lepas bila dah tua. Nak lepak depan rumah sambil minum teh. haha
LRM_EXPORT_20170827_002809
Tahukah anda? Sawah padi mewujudkan satu ekosistem baru dalam rantai makanan.
LRM_EXPORT_20170827_002414
Jujur aku katakan. Aku tak tau ni binatang apa.
LRM_EXPORT_20170827_003336
Denai kecik ke pondok luaar rumah. Bagi perokok tegar, boleh lepak2 sambil minum kopi kat sini. hahaha. Tapi kami semua lepak dalam rumah ja, tengah rancak sokong Malaysia untuk sukan SEA 2017.
LRM_EXPORT_20170827_003241
Pengantin punya happy. Beliau ingin menghabiskan sisa bujang yang tak tinggal berapa jam ja lagi.
LRM_EXPORT_20170827_070024
Bersama Tok Andak, atok legend yang sentiasa gelak dan ceria. Pengantin pun chill ja, sat gi malam dia dah tak bujang dah.. haha
LRM_EXPORT_20170827_070001
Gila babi cuak aku tengok barber ni potong rambut pengantin, nasib baik dia terer adjust. Nyaris2 ingat dia nak botak kan terus. hahaha pengantin botakk!!
LRM_EXPORT_20170827_002428
Dahulu abang kesunyian, semenjak kedatangan sayang, abang mampu bangun meninggalkan kerusi sepi itu. CeEwah!! macam &^%$$!
LRM_EXPORT_20170827_003155
Gambar selingan. Bosan2 petang tu, aku amik la random photo.
LRM_EXPORT_20170827_070045
Aku pun nyaris2 nak ternikah sekali lagi. Alhamdulillah cintaku yang sejati terhadap dinda, aku cancel. Balik rumah terus kena cepuk. Hahahahaha!
LRM_EXPORT_20170827_002225
Tahniah to my only blood related brother. Semoga bahagia ke anak cucu. Pandai hang pilih calon no, baguih2!
LRM_EXPORT_20170827_070126
Terima kasih daun keladi kepada tuan rumah yang bersusah payah mengadakan majlis. Akan kami ingat di hati.

Kepada pasangan pengantin baru. Ini adalah permulaan kepada dunia yang baru.
Tempuhilah dengan sabar dan ikhlas.
Dan jangan lupa pada yang Esa. Banyakan berdoa.
(pesanan ini ditaja khas oleh MATA corporation dan untuk aku juga.. haha)

AfiqXTiyah

Kepada kakak ipar Sharifah Fatahiyah dan sekeluarga, saya ucapkan terima kasih atas kesudian menerima kami menjadi sebahagian dari keluarga anda. Moga ikatan melalui perkahwinan ini berkekalan dan membawa kita kepada keredhaan Dia yang satu. Dan saya doakan keluarga ini menjadi lebih besar dengan rezeki dari Allah SWT.

Kepada abang yang separuh tak betul. Aku doakan hang jadi suami yang setia. Setia seperti seorang fan Arsenal, dan lebih penting setia kepada yang Satu. Belajar lah menjadi suami yang baik melalui video2 ceramah Dr Maza, dan belajarlah menjadi seorang bapa dengan menyanyayi kucing2 di rumah mertua.

All the best for both of you!!

hqdefault

Advertisements

Comments

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s